Mahukah Anda Belajar Tentang Bagaimana Saya Memulakan Bisnes Bakeri Saya Bermula Dari Rumah dan Kini Mempunyai Kedai Sendiri. Nak Belajar Strategi Yang Saya Gunakan Untuk Perniagaan Saya? Resepi Bisnes Saya?


Hai, Nama saya Nur Syahidah atau dikenali sebagai Puan Shida.

Semuanya bermula pada tahun 2010 ketika saya masih menjawat sebagai Eksekutif Pasaraya Giant di Taiping. Disebabkan atas faktor kesihatan ketika hamil anak sulung, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan bakeri dari rumah.

Ia merupakan keputusan terbesar yang pernah saya buat. Dengan tiada pengalaman, saya langgar pelbagai tembok untuk menghasilkan produk saya sendiri. Bermula dengan coklat buatan tangan, cupcake dan pelbagai lagi produk termasuk lah biskut raya.

Oven pun oven elektrik Pensonic je masa tu. Kami mula kumpul duit untuk beli oven industri yang kami guna sekarang.

oven pensonic

Oven ini masih lagi ada dan masih digunakan sampai sekarang kalau balik ke kampung suami di Terengganu. Tahan lama betul oven zaman dulu. Kami beli pada tahun 2009, kini sudah tahun 2020 masih lagi berjasa. Pembelian yang cukup berbaloi.

Kini kami mengunakan 3 biji Oven Industri untuk perniagaan kami. Kami beli secara berperingkat mengikut keperluan bisnes bakeri kami ketika itu. Alhamdulillah jarang meragam.

Kami buat bisnes sampai dapat pengiktirafan. Rezeki anak kedua kami. Saya menerima Anugerah Sahabat Harapan daripada Timbalan Perdana Menteri. Tak harap pun sebenarnya. Tapi bila diberikan anugerah, ia satu pengiktirafan kepada usaha kami untuk melahirkan ramai bakers daripada seluruh negara termasuk daripada Brunei, Indonesia dan Singapura.

Kami ada lebih daripada 5000 orang student yang menerima impak tak langsung daripada idea Pendidikan Jarak Jauh ini. Ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wabak Covid 19 Melanda Mengubah Lanskap Pernigaan Diseluruh Dunia

Terus terang kami turut terkesan. Kedai kena tutup walaupun berat hati. Kalau buka pun, orang semua berkurung dalam rumah. Walau bagaimana perniagaan kami berjalan seperti biasa dari rumah. Dari awal PKP pun tempahan sentiasa ada.

Saya faham ramai yang nak bermula dalam bisnes bakeri ini, namun ramai yang tak berani. Takut buat kek tak jadi, tak sedap dan sebagainya. Memang banyak halangan.

Sinar baru untuk para surirumah. Bisnes dari rumah kini semakin rancak. Kini sudah menjadi trend baru Bisnes Delivery makan dari rumah ke rumah. Inilah masanya untuk anda ambil peluang untuk mengikuti arus perubahan ini.

Mulakan Bisnes Bakeri anda sendiri. Modal kecil pun takde masalah. Saya mula dulu pun bermodalkan RM200 je dulu. Daripada hasil jualan, saya upgrade kelengkapan yang ada. Daripada dapur, kepada bengkel kecil. Kemudian kepada kedai. Semuanya berperingkat.

Mahukah Anda Untuk Belajar Untuk Memulakan Bisnes Bakeri Anda dari Rumah. Saya berikan Panduan Video dan juga Resepi Perniagaan Saya Kepada Anda!

Anda tak perlu keluar rumah pun nak belajar. PJJ je dengan video dan ebook yang kami sediakan untuk anda. Kami menghasilkan 12 Panduan Bisnes Bakeri yang berbeza. Kami juga menghasilkan tepung kek coklat kami sendiri. Berikut adalah panduan yang telah kami hasilkan setakat ini.

 

Ini adalah antara usaha kami lakukan untuk mengalakkan surirumah untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka mengunakan apa sahaja yang ada dirumah menerusi bisnes bakeri dari rumah. Apa yang penting ialah usaha dan tawakal. Paling penting ialah hasilnya yang sedap akan mendatangkan repeat order yang berterusan daripada pelanggan sedia ada.

Anda juga boleh melakukannya!